Tuesday 17 April 2018

Gula Kabung Pahang di edarkan mernggunakan Pos Laju ke seluruh destinasi di Malaysia.


GULA KABUNG PAHANG

Gula Kabung Pahang merupakan gula kabung asli dan organik. Ianya dihasilkan di Kampung Peruang, Benta, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Dimasak menggunakan kaedah tradisional denga hanya menggunakan 100% air nira kabung tanpa apa-apa bahan campuran seperti gula, pengawet, pewarna mahu pun bahan kimia lain. Ianya baik untuk kesihatan terutama sekali bagi mereka yang menghadapi masalah diabetis, mereka yang mengambil makanan organik, ibu2 yang sedang berpantang dan mereka yang mengamalkan vegetarian.

Bagi pelanggan2 di Kuantan, Maran, Temerloh, Bera, Bentong dan Raub, Insha Allah, gula kabung akan dihantar secara Cash On Delivery (COD) bergantung kepada jumlah permintaan/ jika ada urusan dilokasi berhampiran. Bagi yang jauh, gula kabung akan dihantar menggunakan khidmat Pos Laju Malaysia ataupun jika terlalu banyak maka khidmat pengangkutan awam seperti bas atau pun akan dihantar oleh kenderaan 4WD ke lokasi Tuan/Puan. Bagi mereka yang kebetulan melalui Raub, boleh juga
mendapatkan gula kabung (Isnin - Jumaat, 10pg - 10mlm). 

Bagi yang berada di Kuala Lumpurmemesan dalam kuantiti yang banyak (30buku ke atas), saya boleh hantar setakat simpang jalan lama nak naik ke Tol Bentong.

Gula Kabung digunakan sebagai cenderahati. Foto di atas seperti contoh, adalah untuk cenderahati bagi orang kenamaan Pahang.


Gula Kabung yang dimasak tua sedia untuk dituang ke dalam acuan.


Acuan2 gula kabung diperbuat daripada kulit buluh.


Gula Kabung yang siap sedia untuk dijual disimpan dalam bekas yang bebas
daripada semut dan serangga.

Kepingan gula kabung setelah selesai dituang ke dalam acuan akan diletakkan 
di atas para bagi tujuan pengeringan sebelum dibungkus dan dibalut dengan 
pucuk daun kabung yang dikeringkan. Setiap bungkusan/balutan/buku mempunyai 2keping
gula kabung.


Seturus gula kabung bersamaan 10buku gula kabung (20kepingan). 
Jika ada pelanggan2 yangberkehendakkan gula kabung dalam kuantiti yang banyak, perlulah maklumkan lebih awal untuk menyediakannya.


Kalau hendak pekena air nira kabung yang fresh, bolehlah datang terus ke
Kampung Peruang. Mahu yang panas atau yang sejuk. Bagi mereka yang tidak biasa,
eloklah minum sedikit dahulu. Memang mabeles...


Ramadhan yang bakal disambut tidak lama lagi, permintaan gula kabung
memang melebihi penawaran. Harga pun mungkin berubah. Ramai yang mengeluh
tidak dapat membeli gula kabung terutama warga sekitar.


Nisan Kabung turut sedia dijual. Ada botol 500ml dan 1.5ml. Botol2 ini semua ditempah
dan bukan dikutip atau botol yang telah digunapakai. 
Bagi botol 500ml, harganya cuma RM15, manakala bagi botol 1.5ml
harganya adalah RM40.


Gula Kabung turut di edarkan ke seluruh Malaysia
(Semenanjung, Sarawak, Sabah, Labuan).

Minima order untuk PosLaju adalah 2buku
(RM8 X 2buku = RM16)

Kos Pos Laju:
Minima 2buku

Semenanjung RM9
Sarawak RM11
Sabah RM13
Labuan RM15