Thursday 6 September 2018

1hb Oktober 2018 - Pakej (barang + kos postage), murah, jimat dan selamat.


Pakej terbaru pembelian gula kabung yang menggunakan khidmat Pos kini adalah (barang+kos postage), lebih jimat dan selamat. Ianya hanya untuk 3buku, 6buku, 13buku dan 28buku sahaja.
Pelanggan ada pilihan samada ingin memilih pakej atau pada harga biasa seperti sebelum ini.
Nisan Kabung juga boleh didapati (perlu order lebih awal utk menyediakan).
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh buka fb/ instagram/ tweeter... taip jer 
gula kabung pahang.
Atau WhatsApp 011-15075828
Gula Kabung Pahang juga boleh didapati di Kedai Makan Kg. Kubang Panjang,
Durian Tawar, Bera, Pahang (sebelah surau). Harganya cuma RM10Sebuku di sini.

Harga Gula Kabung + Pos Laju Malaysia

Nisan Kabung dalam 2 jenis botol. (500ml & 1.5L)

Lokasi kedai makan di Kampung Kubang Panjang, Durian Tawar, Bera, Pahang.
Bersebelahan jalan Temerloh - Triang, berjiran dengan surau Kg. Kubang Panjang.

Dimasak secara tradisional dengan kayu api bagi mengekalkan aroma dan keasliannya.

Senduk kayu yang digunakan dalam proses memasak.


Gambar2 Gula Kabung yang siap packing utk penghantaran seluruh Malaysia dengan

khidmat Pos Laju. Semenanjung, Sarawak dan Sabah.











Tuesday 17 April 2018

Gula Kabung Pahang di edarkan mernggunakan Pos Laju ke seluruh destinasi di Malaysia.


GULA KABUNG PAHANG

Gula Kabung Pahang merupakan gula kabung asli dan organik. Ianya dihasilkan di Kampung Peruang, Benta, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Dimasak menggunakan kaedah tradisional denga hanya menggunakan 100% air nira kabung tanpa apa-apa bahan campuran seperti gula, pengawet, pewarna mahu pun bahan kimia lain. Ianya baik untuk kesihatan terutama sekali bagi mereka yang menghadapi masalah diabetis, mereka yang mengambil makanan organik, ibu2 yang sedang berpantang dan mereka yang mengamalkan vegetarian.

Bagi pelanggan2 di Kuantan, Maran, Temerloh, Bera, Bentong dan Raub, Insha Allah, gula kabung akan dihantar secara Cash On Delivery (COD) bergantung kepada jumlah permintaan/ jika ada urusan dilokasi berhampiran. Bagi yang jauh, gula kabung akan dihantar menggunakan khidmat Pos Laju Malaysia ataupun jika terlalu banyak maka khidmat pengangkutan awam seperti bas atau pun akan dihantar oleh kenderaan 4WD ke lokasi Tuan/Puan. Bagi mereka yang kebetulan melalui Raub, boleh juga
mendapatkan gula kabung (Isnin - Jumaat, 10pg - 10mlm). 

Bagi yang berada di Kuala Lumpurmemesan dalam kuantiti yang banyak (30buku ke atas), saya boleh hantar setakat simpang jalan lama nak naik ke Tol Bentong.

Gula Kabung digunakan sebagai cenderahati. Foto di atas seperti contoh, adalah untuk cenderahati bagi orang kenamaan Pahang.


Gula Kabung yang dimasak tua sedia untuk dituang ke dalam acuan.


Acuan2 gula kabung diperbuat daripada kulit buluh.


Gula Kabung yang siap sedia untuk dijual disimpan dalam bekas yang bebas
daripada semut dan serangga.

Kepingan gula kabung setelah selesai dituang ke dalam acuan akan diletakkan 
di atas para bagi tujuan pengeringan sebelum dibungkus dan dibalut dengan 
pucuk daun kabung yang dikeringkan. Setiap bungkusan/balutan/buku mempunyai 2keping
gula kabung.


Seturus gula kabung bersamaan 10buku gula kabung (20kepingan). 
Jika ada pelanggan2 yangberkehendakkan gula kabung dalam kuantiti yang banyak, perlulah maklumkan lebih awal untuk menyediakannya.


Kalau hendak pekena air nira kabung yang fresh, bolehlah datang terus ke
Kampung Peruang. Mahu yang panas atau yang sejuk. Bagi mereka yang tidak biasa,
eloklah minum sedikit dahulu. Memang mabeles...


Ramadhan yang bakal disambut tidak lama lagi, permintaan gula kabung
memang melebihi penawaran. Harga pun mungkin berubah. Ramai yang mengeluh
tidak dapat membeli gula kabung terutama warga sekitar.


Nisan Kabung turut sedia dijual. Ada botol 500ml dan 1.5ml. Botol2 ini semua ditempah
dan bukan dikutip atau botol yang telah digunapakai. 
Bagi botol 500ml, harganya cuma RM15, manakala bagi botol 1.5ml
harganya adalah RM40.


Gula Kabung turut di edarkan ke seluruh Malaysia
(Semenanjung, Sarawak, Sabah, Labuan).

Minima order untuk PosLaju adalah 2buku
(RM8 X 2buku = RM16)

Kos Pos Laju:
Minima 2buku

Semenanjung RM9
Sarawak RM11
Sabah RM13
Labuan RM15

Monday 26 February 2018

Antara kebaikan dan kelebihan Gula Kabung



Kebaikan Gula Kabung



Gula Kabung Pahang selalu turun Bentong, Temerloh, Bera, Maran dan Kuantan. 

Harga Gula Kabung Pahang ialah;-
1Buku RM8 (2keping)
10Buku RM75 (20keping)
100Buku RM700 (200keping)

(Harga tidak termasuk Kos Pos)
Berlaku perubahan harga ketika mula memasuki 
bulan Ramadhan al-Mubarak.


Warnanya tidaklah terlalu hitam, ianya seakan-akan coklat kemerahan dan sedikit hitam. Rasanya manis semulajadi. Tiada pewarna, tiada pengawet dan tiada bahan kimia dan yang paling penting ianya tidak ada gula pasir/gula putih.