Tuesday 6 December 2016

Gula Kabung terbaik dari Kampung Peruang, Benta, Kuala Lipis, Pahang DM


Salam Perkenalan dari Gula Kabung Pahang...

Gula Kabung terhasil dari nira kabung yang diperolehi dari pokok kabung. Pokok Kabung, kantor atau enau (bahasa Inggeris: Common Sugar Palm) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara, dan Australia Utara. Nama botaninya Arenga pinnata.

Pokok Kabung ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun bak bulu burung. Batang pokoknya kukuh dan mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan untuk membuat penyapu dan tali.

Bunga Pokok Kabung tumbuh berumpun-rumpun, dengan bunga jantan dan bunga betina terdapat dalam rumpun yang berasingan. Tangkai bunga jantan Pokok Kabung menghasilkan cuka atau gula.

Buah Pokok Kabung berjuntai-juntai sepanjang 1.5 meter (5 kaki). Setiap tandan mempunyai 10 tangkai, dengan setiap tangkai ada lebih kurang 50 biji buah kabung berwarna hijau yang tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana kulitnya mengeluarkan getah yang sangat gatal.

Di Kampung Peruang, Benta, Kuala Lipis pokoknya dipanjat. Pokoknya ada rerambut seperti pada Pokok Kelapa tetapi lebih banyak, tebal, berwarna hitam dan agak menakutkan.

Buah Pokok Kabung merupakan buah yang lut cahaya dan yang merupakan salah satu bahan ais kacang dan air jagung. 

Selain buahnya, pokok kabung juga diambil niranya untuk menghasilkan gula kabung. Kegunaan utama gula kabung adalah sebagai bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Di antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung/enau adalah bubur kecuali bubur lambuk, kuih koci, kuih kelepong, kuih lepat, buah melaka, onde2, dodol, wajik, nasi manis, pulut kacau, agar-agar, kuih sepang, air batu campur, cendol, lompat tikam dan ada juga yang menjadikan gula kabung sebagai bahan masakan untuk rendang dan kuah kacang.

Harga gula kabung di pasaran berbeza mengikut tempat dan lokasi. Ia akan menjadi mahal terutama pada waktu bulan puasa kerana permintaan melebihi penawaran sehingga kekurangan bekalan gula kabung di pasaran.



 Gula kabung yang siap dimasak dicurahkan kedalam bekas yang diperbuat dari kulit buluh.





Pokde Nawi dan Mokde Yan sedang menyiapkan dan meyusun kepingan gula kabung yang diletakkan didalam bekas yang diperbuat dari kulit buluh.






Kampung Peruang, Benta, Kuala Lipis, Pahang DM merupakan kampung tradisional yang dihubungkan melalui jalan Raub- Kuala Lipis dan juga boleh melalui jalan Kampung Teridi di Sega Tat, atau dari Dong ke Tualang Padang, Raub.




Gula kabung yang dihasilkan di sini tidak dicampur dengan gula lain. Tidak seperti gula pasir, gula kabung mengandungi zat-zat garam mineral terutama Iodium yang membantu proses kecerdasan minda seseorang, phosporas, magnesium, kalsium, natrium dan sebagainya yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. 

Gula kabung juga mempunyai kandungan glukosa yang lebih rendah berbanding gula pasir. Selain itu gula kabung kaya dengan Vitamin C, Thiamine, Nicotinic acid, Riboflavin, Ascorbic acid dan zat Protein. 

Memandangkan kepada kandungan zat galian dan nutrisinya yang tinggi, maka gula kabung amat sesuai bagi pengidap diabetes, lelah atau asma, anemia atau kurang darah, mereda panas pankreas, membantu pertumbuhan gigi dan tulang, menghalang kegemukan dan baik untuk proses pembesaran kanak2.

Boleh WhatsApp utk lebih info: 011-15075828