Sunday, 24 September 2017

Nisan Kabung... Yg dulu dan terkini...


Nisan Kabung @ Palm Sugar @ Arenga Sugar

10 AMAZING BENEFITS OF THE PALM SUGAR

1. Nutritional Benefits 
Palmyra Palm Sugar is an excellent source of minerals and vitamins such as vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3 vitamin B6, vitamin B12, zinc, potassium, iron and amino acids. It also comprises of fructose, sucrose and glucose.

2. Oral Rehydration Solution
Palm sugar is an excellent substitute for making oral rehydration solution, which is used for the maintenance of the electrolyte balance within the body cells. Next time you make a homemade oral drip of salt and sugar, try using palm sugar in place of artificial sugar. Oral rehydration solution is very useful for people suffering from vomiting, diarrhoea and those leaving fluid as the drink helps them to regain lost electrolytes and energy.

3. Low-caloric Content
Although the palm sugar is sugary in taste yet it has a low GI (Glycemic Index) of less that 41. GI level below 55 is generally believed to be a low one.

4. Culinary Purposes
Palm sugar has a very good taste thus is very useful for enhancing food taste. Its unique taste, flavour and aroma stands it out for usage in flavouring and sweetening assorted meals, dishes, sauces, pastries, cuisines and curries etc. Palm sugar can be used to sweeten herbal tea, muffins, puddings, milk, soya milk, milkshakes, coconut milk, cakes, coffee, tea, ice creams and cookies etc. But it is worthy to note that palm sugar is preferably used in cold or lukewarm drinks as adding it in hot drinks can alter the taste and appearance of the drink.

5. Ayurvedic Medicines
Palm sugar is therapeutically valuable thus very vital for making herbal medicines. Herbal medicines produced with palm sugar is used for treating typhoid, bad breathe, cold, anaemia, cough, high blood pressure, Leprosy and asthma.

6. Prevention of Diabetes
Due to the low Glycemic Index of palm sugar, it is a healthy substitute for artificial sugar thus helps to prevent the onset of diabetes. Palm sugar consumption has been reported not to cause a sudden spike in the blood sugar levels. However, diabetes patients should consider consuming palm sugar at a very low level.

7. Kids Development
Studies reveal that the palm sugar is made of high nutritive value that makes it suitable for promoting the development and growth of youngsters.

8. Musculoskeletal Health Boost
Palm sugar is an excellent source of potassium, which is essential for our healthy well-being and maintenance of healthy tissues and bones.

9. Energy Boost
Palm sugar helps in boosting the energy level throughout the day.

10. Food Postpartum.


Maaf...  
agak susah untuk translate satu persatu tentang kebaikan penggunaan Nisan Kabung ini. Antaranya ianya kaya dengan nutrisi, salah satu cara penyelesaian rehidrasi oral, rendah kalori dan GI, digunakan dalam bidang kulinari, perubatan ayuverdha, mengawal dan mencegah diabetis, pembangunan minda kanak2, menguatkan tulang dan tisu badan, memberi tenaga dan sebagai makanan selepas bersalin.


Nisan Kabung perlu order lebih awal kerana ianya terhad. Rasanya memamg sedap, lebih2 lagi bila dimakan bersama roti bhai, lempeng, ubi rebus, biskut kering, ketupat palas, lemang dan sebagainya yang sesuai.

Nisan Kabung kini dibotolkan dalam botol pet 500ml dengan harga RM15 sebotol. Boleh jer usha fb/pages Gula Kabung Pahang

Next time akan ada label baru dengan imfo tentang nisan kabung yang kompak. Mudah untuk dibaca dan difahami... dalam 2 versi... BM / BI

Sebelum ini menggunakan botol2 mineral dan botol2 air berkarbornat yang telah digunakan. Ianya dibersihkan, dicuci dan digunakan semula. Sekarang tidak lagi, semuanya menggunakan botol2 baru yang di tempah dari kilang untuk penjenamaan semula agar nampak menarik, aspek kebersihan dan keseragaman.

Leh Whatsapp +6011-15075828

Monday, 14 August 2017

Mencari Pembekal Gula Kabung Yang Tulen.


Adakah Anda Mencari Pembekal Gula Kabung


Gula Kabung Pahang datang dan dihasilkan di Kampung Peruang, Benta, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Ia dimasak secara tradisional dengan kayu api bagi menghasilkan aroma tertentu. Gula Kabung Pahang tiada campuran gula tambahan mahu pun bahan kimia serta tiada bahan pewarna. 100% air nira kabung yang dimasak dengan teliti bagi menghasilkan gula kabung yang berkualiti dan bebas bahan campuran. Harga gula kabung cuma RM8 Sebuku melainkan berlaku peningkatan harga ketika awal Ramadhan sehingga minggu pertama Raya Aidil Fitri yang boleh mencecah RM10 Sebuku malahan ada sesetengah penjual dengan harga RM12 Sebuku.

Jika pesanan dalam kuantiti yg banyak, harga akan berubah bergantung kpd harga semasa Gula Kabung. Gula Kabung Pahang Made In Peruang adalah Gula Kabung yang Original, Asli, tanpa pemanis tiruan, tanpa kimia pengawet mahu pun pewarna. Teksturnya agak lembut dan mudah untuk dipatahkan. 

Untuk info lebih lanjut, boleh hubungi 011-15075828 (WhatsApp/ SMS)

Thursday, 23 March 2017

Khasiat Gula Kabung






rupa pokok kabung. 


POKOK KABUNG


Pokok kabung, sejenis pokok palma juga dikenali sebagai pokok Enau atau nama saintifiknyanya 'Arenga Pinnata', mungkin agak pelik berbanding dengan pokok daripada spesies palma yang lain. Mengikut kata orang tua, pokok kabung yang tumbuh di tepi paya atau di tepi sungai, mempunyai kualiti air nira yang sederhana berbanding yang tumbuh di kawasan caruk, lembah mahu pun di kaki bukit yang mempunyai kualiti yang tinggi. 


Pokok daripada keluarga Arecaceae ini pelik kerana semakin ia meninggi dan matang, tandan bunga dan buahnya pula tumbuh kian merendah dibahagian bawah batangnya hingga hampir mencecah tanah.


Malah dikatakan bahawa apabila tandan yang tumbuh di batang itu sudah hampir ke tanah itu menandakan bahawa pokok kabung berkenaan sudah tua dan akan mati.


Ini berbeza dengan pokok daripada spesies palma yang lain seperti pokok kelapa dan rumbia kerana tandan bunga dan buahnya akan tumbuh meninggi mengikut kematangan dan ketinggian pokok berkenaan.



Pokok kabung, yang mengeluarkan nira yang boleh diminum begitu saja atau di proses menjadi gula kabung dikatakan hanya akan mengeluarkan nira daripada tandan sepadan dengan 'pujukan' yang diberikan. Pastikan air nira kabung tersebut bewarna jernih, jika warna agak kemerahan, air nira tersebut tidak berkualiti. 


                                                     



BUNGA JANTAN


Tidak semua tandan pokok kabung mengeluarkan nira kerana hanya tandan bunga jantan sahaja yang boleh 'dipujuk' untuk mengeluarkan niranya.



Tandan bunga betina pula tidak akan mengeluarkan nira meskipun dipujuk seperti tandan bunga jantan.



Kerja 'memujuk' mengikut istilah yang digunakan pemungut nira, iaitu dengan mengetuk batang tandan bunga jantan itu secara bersopan, memang berlaku berdasarkan pengalaman sejak bertahun-tahun lamanya.



Sebelum batang tandan bunga jantan dicantas, batang tandan berkenaan perlu dibersihkan daripada sebarang sisa kelopaknya. Selepas itu, ia perlu 'dipujuk' dengan mengetuk-ngetuk batang tandan itu ke arah atas dua kali dan arah ke bawah dua kali.



Tujuan mengetuk berkenaan ialah bagi melonggarkan rongga-rongga saluran aliran air nira dalam batang tandan berkenaan.


                                                       
gula kabung yang diterima dari pengusaha


SECARA BERHATI-HATI

Ketukan pula hendaklah dibuat secara berhati-hati supaya tidak mencederakan batang tandan berkenaan. Jika ketukan terlalu kuat dan batang tandan tercedera, nira tidak akan keluar.

Peringkat pertama dalam menghasilkan Gula Kabung. Sigai yag diperbuat dari buluhpengikat mayang kabung dari akar rotan seni, tabung buluh serta parang yang tajam untuk mengambil nira kabung. Parang yang tumpul akan menyebabkan mayang yang dipotong bergerigi dan kualiti air nira akan terjejas. Setelah itu, mayang kabung dilenturkan sedikit demi sedikit. Ianya akan diikat dengan rotan sebelum proses memotong mayang. Seterusnya, air nira ditakung ke dalam tabung buluh yang sepanjang 3kaki . Di dalam tabung tersebut diletakkan sedikit daun manggis/ kulit manggis untuk mencegah air nira daripada menjadi masam.  Ada juga yang menggunakan akar laru untuk mencegah air nira menjadi masam.

                                 
gula kabung dibungkus untuk tujuan pos seluruh Malaysia


DUA KALI SEHARI

Air nira biasanya dikutip dua kali sehari dan ada antara pokok kabung berkenaan boleh mengeluarkan sehingga 5 liter sehari.

Gula kabung boleh menggantikan gula biasa dan lebih penting daripada itu ia tidak mengandungi glukosa dan baik untuk kesihatan khususnya bagi pengidap kencing manis.

                                                   
kepingan gula kabung yang baru


GULA KABUNG


Air nira tersebut akan ditapis sebelum dimasak. Proses memasak memakan masa yang agak lama. Dapur kayu digunakan bagi menjaga kualiti, mengekalkan ketradisionalan dan membangkitkan aroma bau gula kabung tersebut. 

Gula kabung boleh dijadikan bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung ialah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, kuih keria, dodol, pulut kacau @ wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur dan cendol, perapan daging atau ikan, juga enak apabila dicampurkan bersama kopi o. 


Di Kampung Peruang, gula kabung yang siap dimasak, dibiarkan keras dan kemudian akan dibungkus dengan pucuk daun kabung yang dikeringkan. Dua keping gula kabung dibungkus dalam satu buku. Satu turus bersamaan dengan 10buku. Rasanya mungkin agak sama seperti gula melaka, cuma gula kabung terhasil dari air nira pokok kabung, manakala gula melaka dari air nira pohon kelapa. 


     



   
tersenyum ayahanda melihat begitu banyak gula kabung


  
kopi cap stesen dari muar plus gula kabung. sedap, pekat, melekat...